:: Aroza 77 ::
Sunday, September 17, 2017
Petua untuk melembutkan daging
Masukkan daging kedalam periuk tekanan.Biarkan mereneh sehingga 30 minit.tutup api.jangan buka terus tudung periuk biarkan seketika sehingga wap panas habis keluar.barulah keluarkan daging tadi untuk dimasak masakan kesukaan anda.
Sslamat mencuba...😊😊😊
Sunday, March 20, 2016
Resepi ikan tapah masak pindang
Bahan bahan
300gm isi ikan tapah
I batang serai
1 kuntum bunga kantan
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
1 keping asam gelugur/asam keping
Sedikit belacan
Garam dan serbuk perasa.
Cara membuatnya
Masukkan air dalam kuali dan masak sampai mendidih.masukkan halia dan lengkuas yg telah di lenyek.masukkan serai,bawang merah,bawang putih,cabik dan belacan.(tumbuk).masukkan asam keping.biarkan mendidih sebentar.barulah kita masukkan ikan tapah tadi .biarkan sehingga ikan benar benar masak.masukkan garam dan serbuk perisa.biarkan selama 2 jam barulah dihidangkan.
Wednesday, September 11, 2013
resepi ikan masak kicap
Bahan bahan
1 kg ikan tengiri sedang besar5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
setengah inci halia
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan plam sos
setengah susu makan serbuk kari yang telah dibcuh dgn sedikit air
rempah tumis spt biasa
1 batang serai di titik
5 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin terpulang dgn cita rasa
1biji bawang besar di mayang
3 sudu besar minyak masak
3 sudu serbuk kunyit
Cara memasak
perap ikan dengan serbuk kunyit ,garam dan aji no motor mun suka.goreng ikan tadi sehingga masak.ketepikan.gunakan 4 sudu minyak masak yg digunakan utk menggoreng ikan tadi dlm kuali lain.tumis bawang putih,bawang merah ,serai cili kisar,halia yng telah ditumbuk dan rempah tumis hingga naik bau.kemudian masukkan serbuk kari tumis hingga pecah minyak.masukkan kicap masin,kicap manis & sos plum .tambah segelas sederhana air putih ke dlm masakan tadi.masukkan ikan yng telah digoreng tadi dan tunggu hingga mendidih ,masukkan bawang besar yang telah dimayang tadi .biarkan seketika..kalau kurang masin bolehlah di tambah sedikit garam ikut citarasa anda.
Sunday, May 6, 2012
Mee Rebus Arot
Bawang besar
bawang putih
Halia
cili giling
Bahan2
Udang kering
Keledek rebus
Bahan 3
Gula,garam,perasa,minyak dan air.
bahan hiasan
Telur rebus
tahu
Bawang goreng
Daun sup dan bawang
limau kasturi
lada hijau dan merah
mee kuning..
Cara membuatnya..
Tumiskan bahan kisar 1 sehingga naik minyak.kemudian masukkan bahan 2 dan sedikit air.Masak dengan api yang sederhana sehingga naik bau.masukkan garam ,gula dan perasa.Setelah mendidih hidangkan bersam mee dan bahan-bahan hiasan yang mengikut citarasa anda..
Selamat Mencuba........
Sunday, May 8, 2011
Kek Span Cheese Salji Dagang
500 gram tepung sponge mix
6 biji telur
80 ml air
80 ml minyak masak
Cara membuatnya :
Pukul semua bahan kecuali minyak hingga kembang. Bila sudah kembang,barulah masukkan minyak ke dalam adunan. Kemudian,kacau hingga rata. Bahagi kepada 3 bahagian kemudian bakar satu per satu adunan.
Bahan cream cheese :
250 gram cream cheese
1 tin susu manis
1 kotak kecil cheddar cheese(untuk parut)
Cara membuat cream cheese :
Campur cream cheese dengan susu manis. Gaul dengan sebati. Setelah kuih masak,sapukan cream cheese ke atas kek dan parut dengan keju cheddar. Parut keju cheddar pada setiap lapisan keju sehingga habis.